Gempa Bumi di Christchurch, New Zealand
Kemusnahan Gereja
Bila melihat berita di TV3 mengenai gempa bumi di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda wilayah itu pukul 12.51 tengah hari waktu tempatan kelmarin (waktu Malaysia pukul 8.19 pagi semalam)....sedih, simpati dan takut pun ada. Melihat banyak mangsa korban, penduduk yang ditimpa bencana dan malapetaka...dan keadaan gempa bumi. Adakah ini tanda-tanda hari kiamat hampir tiba? Sebagai manusia yang masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menikmati kehidupan di muka bumi ini...marilah kita bersama-sama mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan rukun islam, menjalankan amal kebajikan, meninggalkan segala kemungkaran dan maksiat...dan perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan segala bentuk perbuatan yang diredhai oleh Allah SWT. Amin....
Ada dua ayat dalam Al Quran yang langsung menyatakan tentang bencana gempa bumi. Bunyinya demikian: Lalu datanglah gempa menimpa mereka, dan merekapun mati bergelimpangan di dalam runtuhan rumah mereka (Al Quran Surat Al A’raf ayat 78 dan ayat 91).
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk membaca Doa Tolak Bala dan Doa Selamat selepas mengerjakan solat fardu....untuk mengelakkan sebarang bencana dan malapetaka dan tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dan janganlah kita alpa dengan keseronakan di dunia ini. Ini juga sebagai nasihat kepada diri aku dan keluarga. AMIN.