Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Kontractor Penipu






Aku ingin berkongsi pengalaman yang dilalui oleh adik aku. Tahun lepas bulan Mei 2010..adik aku telah mengupah seorang Kontraktor yang dikenali Abang Man di sekitar Salak Tinggi untuk mengubahsuai rumah yang baru dibelinya.

Biasa le..adat manusia...bila ingin mendapat sesuatu urusniaga semuanya ok saje. Perbincangan dan perjanjian yang telah dibuat kos mengubahsuai sekitar RM46,000 sahaja dan percuma membuat Table Tap di dapur. Yang aku herannya..adik aku ni jenis orang yang detail...entah macam mana...first perbincangan ajer terus setuju.

Sampai le bulan 9, rumah yang diubahsuai x siap2 juga...sedangkan rumah emak aku yang diubahsuai dengan amaun RM12,000 ambil masa 2 bulan sahaja hendak siap. Februari 2011, rumah yang diubahsuai oleh adik aku tidak siap jugak...tanya punya tanya..baru lah aku tau...kontractor tu penipu... kos dari RM46,000 dah jadi RM83,000...perghh boleh buat rumah banglo sebijik. Dah le segala tile...beli sendiri...kalo ditengok keadaan rumah x macam RM83,000...macam RM40,000 ajer.

Selidik punya selidik... kontraktor ni dah banyak buat taik.... rumah seorang ustaz yang berkos RM65,000 asalnya..telah menjadi RM120,000 tapi masih terbengkalai....dia sibuk cakap buat rumah lain...rupa2nya...dia ubahsuai rumah sendiri. Dah le gaji pekerja tak bayar berbulan2.... pekerja yang buat rumah... tidak disediakan rumah...malahan kena membayar sewa sendiri...ramai gak yang dah terkena dengan dia ni.

So kat sini aku uploadkan sikit gambar rumah yang diubahsuai oleh kontraktor tu... wahai le kontraktor berkenaan... insaf le sikit...x baik makan duit dengan cara haram..orang yang ditipu tu susah payah mencari duit....dan tidak berkat hidup anda apabila menipu orang lain dan pekerja anda. Allah SWT itu Maha Adil.

Aku kat sini... berkongsi pengalaman untuk dijadikan iktibar kepada kita semua...hopefully lepas ni kita kena selidik dulu latar belakang orang yang kita buat perjanjian urusniaga tu. Memang le niat dihati nak menolong sesama bangsa..orang Melayu...