Hari ni aku tergerak hati untuk mencari maklumat mengenai murtad. Isu murtad ni aku tengok dah berleluasa...samada yang diketahui atau tidak....so aku kongsi serba sedikit maklumat yang aku perolehi "Nauzubillah... jauhkan lah anak dan cucu kita dari golongan kafir seperti ini... amin...
Murtad? Kemurtadan dalam Islam didefinisikan oleh kaum Muslimin sebagai keadaan yang memperlihatkan ketidaksetiaan terhadap Islam oleh tiap Muslim yang telah sebelumnya berserah pada teologi Islam. Termasuk dalam hal ini ialah tindakan meninggalkan Islam dan sejumlah tindakan pemfitnahan terhadap Islam. Konsep inilah yang memdedakan murtad dengan sistem keagamaan lain.
Hal ini disebabkan kerana Islam juga merupakan institusi yang tidak memisahkan urusannya dengan urusan politik. Pada masa awal penyebarannya di Madinah, orang yang murtad dianggap sebagai membelot kepada institusi politik lain (dalam hal ini orang-orang Makkah), kerana antara dua negara tersebut sedang berada dalam situasi peperangan dan orang yang bergabung dalam Islam sendiri diikat dengan sumpah atau bai'ah.
Di masa khalifah Islam, murtad dianggap sebagai pengkhianatan, dan kerana itu diperlakukan sebagai pelanggaran hukum yang dikenakan hukuman mati. Hukuman mati dilaksanakan di bawah bidang kuasa khalifah apabila setelah tiga hari seseorang itu diminta kembali pada Islam gagal. Walau bagaimanapun, cendekiawan moden mengeluarkan pendapat mereka sendiri dalam kes tertentu, bahawa kini tiada bidang kuasa pusat yang sanggup memperkenalkan dan membawa acara kerja rasmi terhadap orang murtad yang menolak atau berbicara dengan tegas menentang Islam disebabkan tiada lagi khalifah Islam. Tokoh kontemporari paling menonjol yang dikutuk sebagai murtad oleh cendekiawan individu hari ini kemungkinan ialah Salman Rushdie.
Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia
1. Lemah pegangan agama.
2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.
3. Menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.
4. Faktor perkahwinan.
Hukuman kepada si pemurtad
Ajaran Islam adalah ajaran yang sentiasa tegas, berhati-hati dalam menentukan sesuatu hukum atau undang-undang kepada semua penganutnya. Hal ini bertujuan untuk memastikan agama suci ini tidak dipermain, diperkotak-katik dan dipolitikkan dengan sesuka hati oleh anasir-anasir jahat yang mahu menghancurkan Islam. Justeru Allah SWT (Tuhan Maha Esa) telah menetapkan sesiapa sahaja di kalangan manusia yang murtad(keluar/berpaling dari ajaran Islam yang sebenar) perlulah dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman setimpal yang telah ditetapkan oleh Allah adalah hukuman mati.
Dalam melaksanakan hukuman mati kepada pesalah murtad bukanlah suatu hal yang boleh dilaksanakan dengan membuta-tuli, segera dan tergesa-gesa kerana setiap hukuman yang diarahkan oleh Allah mempunyai garis panduan, hikmah dan rukhsahnya (keringanan) yang tersendiri yang perlu dipatuhi dengan pemikiran yang waras dan hati yang tenang dan bertanggungjawab.
1)Setiap pesalah murtad mestilah dihakimi berlandaskan hukuman yang dipersetujui bersama, diadili dengan sedalam-dalamnya disamping tidak mengabaikan tuntutan syariah Islamiah. Manifestasi perlaksanaan hukuman mati keatas pesalah murtad terjadi apabila wujudnya suatu keadaan apabila si murtad tadi telah dengan hati terbuka melafazkan/berikrar keluar dari ajaran Islam yang sebenar. Dari situ si pemurtad hendaklah ditenangkan dengan baik oleh umat Islam yang berkebolehan dan yang terdekat dengannya. Sahabat Islam hendaklah memberi penerangan dan mendalami masalah tentang apa yang berlaku kepada si pemurtad sebenarnya, sahabat Islam perlulah mengahalusi setiap maklumat yang diberikan dan cuba menyelesaikan masalah dengan tenang dan penuh berhikmah. Sahabat Islam perlu sentiasa berkecendorongan untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi menyedarkan sahabat yang murtad itu tadi. Sahabat perlu menyemaikan sifat kasih sayang dalam menasihati si pemurtad itu supaya bersabar dan kembali ke pangkal jalan (kembali ke landasan Islam yang sebenar) dan sentiasa berfikiran waras dan matang. Sahabat Islam perlu memberi penerangan yang sedalam mungkin tentang hukuman terhadap orang yang berpaling daripada ajaran Islam dan memberi khabar gembira kepada orang yang kekal mengamalkan syariah dan hukum Islam.
2)Jika si pemurtad masih berdegil setelah diberi kaunseling, pedoman dan perhatian yang sewajarnya, si pemurtad tadi perlu ditempatkan ke pusat jagaan aqidah untuk diberi bimbingan Islam dan iman secara berterusan dan sistematik secara meyeluruh, hikmah dan bertanggungjawab. Bimbingan perlu memakan masa yang agak lama sehingga si pemurtad kembali menerima Islam dan imannya sedia, kuat dan kental dalam menangkis kejahatan yang boleh merosakkan iman dan Islam. Jika si murtad telah kembali kepada Islam, bantuan ekonomi dan sahsiah diri perlu terus ditingkatkan dan dikekalkan sepanjang waktu untuk selama-lamanya oleh pemerintah dan seluruh umat Islam.
Jika si pemrtad terus berdegil walaupun bimbingan, sokongan dan pelabagai usaha murni untuk menyelamatkan imannya telah dilakukan dengan gigih, berilmu, bertanggungjawab dan berterusan. Si pemurtad perlu dihadapkan di mahkamah syariah dan keadilan Islam untuk dihakimi dengan sewajarnya mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan negara dan tempatan. hukuman perlu dijatuhkan dengan berhati-hati dan hikmah serta tidak melebih-lebih. Hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh mereka yang diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman seperti Hakim, Sultan ataupun pemerintah tempatan. Hukuman yang baik dan setimpal pada masa ini untuk si pemurtad yang masih belum sedar akan kesalahannya dan tidak mahu kembali ke pangkal jalan yankni ajaran Islam yang sebenar adalah seperti hukuman khidmat masyarakat, denda, sebat, buang negeri ataupun penjara untuk sesuatu masa tertentu sehinggalah kepada suatu masa yang difikirkan sesuai dan menepati undang-undang.
3)Jika si pemurtad masih berdegil setelah sesi kaunseling menyeluruh daiberikan dan hukuman awal diberikan, si pemurtad hendaklah memberi laporan tunjuk sebab mengapa dia menolak untuk kembali kepada Islam, laporan hendaklah jelas, lengkap dan mempunyai dalil keterangan yang sahih dan benar. Jika dia gagal mengemukan laporan seperti yang diminta, masa bertenang harus diberikan lagi untuk melangsaikan sebab-sebab asas dan utama dalam masalah murtad yang sedang pemurtad alami. Dalam waktu ini, kaedah terapi kaunseling yang lebih efisyen dan menyeluruh perlu dititik beratkan meliputi seluruh tatacara, gaya hidup dari setiap aspek kehidupan sehari-harian si pemurtad perlu dipantau dan diperelok dan diperkemaskan mengikut lunas kehidupan manuasia dan Islam.
4)Jika masih gagal lagi mentarbiah pemurtad setelah pelbagai usaha dan tindakan diambil, hukuman terakhir iaitu hukuman mati perlu dilaksanakan sebagai jalan terakhir dan bagi memenuhi kehendak Allah. Lihatlah betapa hebatnya Allah dan Islam dalam menghukumi seseorang itu yang melakukan dosa dan kesalahan, setiap hukuman ada sebab-musabab yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak serta dijalankan dengan amanah, tertib bertanggungjawab dan yang paling penting adalah setimpal. Setiap hukuman dijalankan menurut Islam bukan bertujuan hukuman yang sebenarnya tetapi lebih kepada pendidikan dan pengajaran yang mahukan setiap manusia kembali kepada Allah dan keseimbangan yang telah Ia tetapkan. Semoga kita memperoleh berkat. InsyaAllah, Ameen.