Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Pengkid

Pada Khamis yang lalu 17 Februari 2011, tengah asyik dok layan rancangan 999...di TV3, ada satu berita yang menarik minat aku... iaitu Pasangan Pengkid ditahan bersama Pasangannya di Taman Pulai Perdana, Johor Bahru. Masyaallah...dekat benar taman tu dengan rumah aku.Yang syoknya... siap ada album perkahwinan...dan punya le banyak alat-alat yang digunakan oleh pasangan terbabit untuk memuaskan nafsu mereka. Macam mana le diorang boleh berkahwin...mak abah dan family tak tahu ke?

Bagi yang tak tau pengkid tu apo..meh sini aku nak kongsi sedikit info...Pengkid ialah 'tomboy' atau lesbian ,merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual.[1].Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka

Pandangan Islam
Mengikut sesetengah ulama agama, tindakan dan perbuatan yang berlawanan jantina lahiriahnya dikatakan haram ,iaitu tidak dibenarkan sama sekali oleh Islam. Menurut mereka, tindakan ini dikatakan mengubah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah . Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh.

Islam menyuruh umatnya mematuhi hukum dan perintah Allah SWT dan Rasul serta menjauhi perkara dilarang. Allah SWT telah menetapkan yang mana halal dan haram. Ini termasuk mengenai cara hidup seseorang. Keputusan Muzakarah Fatwa merujuk kepada larangan (pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud: "Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki." (Riwayat Bukhari)

Bahaya penyerupaan itu jika dibiarkan tanpa peringatan dan tindakan akan menyumbang kepada kecelaruan identiti, kerosakan akhlak dan kewujudan cinta intra-seksual pada tempat yang salah.

Kita sebagai ibubapa yang mempunyai anak2...didiklah anak2 kita dengan akidah yang betul...ilmu disalurkan dengan ikhlas. Sama2 la kita pelihara zuriat kita agar terhindar dari bayang2 dosa, berdoa dan berusaha la agar anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah dan sentiasa dekat dengan Allah SWT..Amin!!!