Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Nasi Arab...

Setelah mengharung kesesakan lalu lintas di Highway Utara Selatan...selepas bercuti di Cameron Highlands...sudah tentulah cacing di dalam perut ni kelaparan sampaikan masuk angin pun ada agaknya. Apa tidaknya, sepanjang perjalanan, kami terpaksa memandu dalam keadaan hujan dan jalan yang licin. Kami bersepakat untuk makan Nasi Arab di Restoran Saba Cyberjaya. Ermmm lapooooo nya. Bagi yang belum perkena nasi ni, aku cadangkan mai le ringan-ringan kaki dan tangan tu singgah di sini. Mari perkena Nasi Arab sepingan dua pinggan ke... banyak-banyak Nasi Arab yang aku dah masuk dalam perut ni, Nasi Arab Restoran Saba ni memang terbaik... Lima Bintang aku bagi. Ni alamat dia kalau nak mencuba. SABA’ RESTAURANT 4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR BLOCK A1, JALAN PERDANA CBD PERDANA CYBERJAYA TEL: 03-83202544 Sepinggan Nasi Saba berharga RM15...nampak macam mahalkan? Tapi sepinggan nasi ni boleh di makan bersama 3 orang dewasa. Kuah dia...sure le tomato jeruk dan kuah kari yang disediakan.

Mendapatkan Maklumat CCRIS dan CCTOS

Zaman ini zaman duit...nyanyian M.Nasir. Memang tidak dinafikan. Dan dunia sekarang semakin kejam...banyak cerita mengenai pembeli tidak dapat membeli rumah, membuat pembelian kereta, perabot dan pinjaman peribadi. Kenapa permohonan ini tidak berjaya? Ini semua gara-gara CCRIS dan CCTOS. CCRIS dan CCTOS menyusahkan banyak pihak. Hari ini aku nak bercerita mengenai CCRIS dan CCTOS. CCRIS ialah Central Credit Reference Information System atau dalam bahasa melayunya Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. Berikut pulak adalah apa yg dimaksudkan dengan ccris mengikut definiasi rasi bank negara Maklumat yang dilaporkan kepada Biro Kredit disimpan dalam sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS). CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan Langkah Mendapatkan Rekod CCRIS : 1. Pandu kereta atau ambil bas dan teksi ke BANK NEGARA MALAYSIA. Setahu aku Bank Negara selain di Kuala Lumpur, ada juga cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru...yang lain aku tak tau kat mana cawangan dia. Bank Negara beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi - 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari). 2) Jumpa pegawai dan pegawai akan menunjukkan komputer yang boleh digunakan untuk memeriksa rekod CCRIS anda. Masukkan I/C pada alat pengimbas dan letakkan ibu jari anda tak kisah le kanan ke kiri ke untuk pengesahan identiti. 3) Finally, cetak le penyata anda. Percuma ajer. CCTOS pula ialah Credit Tip Off Service. CTOS Sdn Bhd dan organisasi seumpamanya, mendapat dan mengumpul maklumat jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik mereka. Maklumat bankrupsi mengandungi maklumat petisyen terhadap orang perseorangan dan syarikat, yang sedang, atau sudah bebas dari bankrupsi. Laporannya mengandungi maklumat seperti no fail mahkamah, lokasi, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu, no kad pengenalan, dan jika dalam perbicaraan, tarikh sebut kes di mahkamah. Maklumat saman pula selalunya mengandungi butiran terhadap individu dan syarikat dimana saman telah di keluarkan, no pemfailan mahkamah, lokasi pemfailan, tarikh notis atau arahan mahkamah, nama individu atau syarikat, jumlah saman (jika ada), no kad pengenalan individu atau syarikat (jika ada) dan tarikh sebut kes di mahkamah. Langkah mendapatkan CCTOS: 1. Anda boleh mendapatkan laporan percuma CTOS dari: CTOS Sdn Bhd (209649-U) Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1, No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834 Website: www.ctos.com.my 2. Pergi ke laman web https://ctosid.ctos.com.my , lepas tu buat le Register Online dan hantarkan salinan IC bahagian depan dan belakang samada secara online, melalui mms atau hantar sendiri secara manual. 3. Dah complete...dah boleh semak sendiri dah. Senang cerita. Masa ni le kita tau samada hutang kita dan settle atau belum...atau kena tipu. Bukan apa kadang-kadang ada rekod yang belum dikemaskinikan bertahun-tahun.

Harimau Malaya

Baru 30 minit kekalahan Skuad Harimau Malaya kepada team Thailand dalam mempertahankan Piala AFF Suzuki yang telah dimenangi Malaysia dua tahun lepas. Aku pun tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan yang penuh kontroversi dan debaran di Restoran Ayub Taman Universiti...perghhh punya le ramai. Kekalahan yang berpunca daripada sikap berat sebelah pengadil dari negara Korea. Selain itu team Malaysia juga telah di beri serangan psikologi semenjak menjejakkan kaki ke negara Gajah Perang tu. Team Harimau telah diberikan keadaan padang untuk berlatih seumpama sawah padi yang kering kontang. Bila Malaysia kalah sahaja jangan le asyik salahkan Coach sahaja. Banyak faktor yang memainkan peranan dalam kekalahan ini. Aku sebagai anak Malaysia masih berbangga dengan pencapaian team Malaysia yang sebelum ini prestasinya yang amat buruk. Semenjak awal lagi memang telah dicanangkan Thailand akan memenangi Piala AFF Suzuki 2012 ini. Kepada seluruh warga team Harimau Malaya tahniah diatas pencapaian anda yang boleh dibanggakan...sehingga melayakkan diri ke Separuh Akhir. Kekalahan kepada Thailand di dalam separuh akhir kedua kepada Thailand 2-0 aggapkan sebagai satu cubaan dan landasan pembetulan untuk di masa hadapan

Tuhan Segala Syaitan

Tuhan segala syaitan di muka bumi ini adalah Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal 1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam. 2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun. 3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini. 4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”. Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

Makanan di Neraka

Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satutempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dengan rahmat Allah, dia akan masuk ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam neraka dan diberi 3 jenis makanan yang mengerikan ini. Apakah 3 jenis makanan di neraka itu? (1) ZAQQUM Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat). Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” Rasulullah saw bersabda: “Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?” Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.” (2) GISLIN Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah). Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut: 1~ Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas) 2~ Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas) 3~ Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy) (3) DARIE’ Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah) Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut: 1~ Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir). 2~ Batu (pendapat Said bin Jubair). 3~ Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil). 4~ Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas) Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi: “Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah) MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah) Ibnu Abbas berkata: “Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.” KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.” Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain. RUJUKAN: Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.

Solat Dhuha

Ibu sering berpesan kalau nak murah rezeki buat Sembahyang Sunat Dhuha...dari kecil hinggalah sekarang ni...tidak pernah putus nasihat diberikan kepada aku. Aku berkongsi sedikit maklumat. Aku percaya dengan kata-kata ibu ni...sebab aku dah banyak nampak hasilnya...biarlah rahsia.Tak percaya cuba amalkan... insyaallah.. Solat Dhuha 1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam) 2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala" Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Doa Selepas Solat Dhuha
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Khasiat dan Fadilat Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah. Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” Rasulullah bersabda lagi, “Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.” Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda: “Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.” Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda: “Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud) Di dalam hadits yang lain pula diterangkan seperti berikut: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,”Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan sholat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” (Al-Tabrani) PANDUAN (1) Setiap kali sujud akhir solat dhuha (sebelum duduk tahiyat), bacalah Ya Wahhab sebanyak 41 kali, Insya-Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak dan peluang akan datang dengan mudah. (Al-Wahhab ertinya Maha Pemberi) (2) Setiap kali selesai 2 rakaat solat dhuha, angkat tangan berdoa dengan bacaan Ya Basith sebanyak 10 kali dan kemudian sapu tangan ke muka. Allah SWT akan menghantar barakah dalam bentuk makanan. Walau sedikit manapun makanan, insya-Allah pasti cukup untuk seisi keluarga. (Al-Basith ertinya Maha Pelapang hidup)

Zikir

Antara bacaan zikir yang boleh diamalkan :- 1. YA HAYYU YA QAYYUM Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut: a) Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda b) Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan c) Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka. d) Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya. e) Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh. f) Di sukai orang Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup. Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup. Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau. Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah. Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan. Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali) Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta. Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man. 2. YA AHAD YA WAHID Dalam kehidupan ini, kita sentiasa dihimpit kesusahan dan ada orang yang hidupnya lebih dipenuhi masalah dari merasa ketenangan dan kebahagiaan. Oleh itu, Bacalah Ya Ahad Ya Wahid 1000 kali ketika dalam kesusahan, insya-Allah mereka akan mendapat jalan keluar. Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man. . 3. YA KARIM Bacalah Ya Karim 100 kali, insya-Allah anda akan terhindar dari penyakit, kemiskinan dan suatu yang membimbangkan. Segala doa anda juga akan diterima. Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man. . 4. YA WAKIL Bacalah Ya Wakil 66 kali sehari (atau lebih), insya-Allah anda akan mendapat kekayaan yang banyak serta dibukakan pintu kebaikan dan rezeki. Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man. . 5. YA MALIK Bacalah Ya Malik 121 kali setiap pagi selepas Subuh , insya-Allah anda tidak akan perlu meminta-minta daripada orang lain kerana Alllah SWT akan memenuhi keperluan anda. Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.

Terjemahan Doa Taubat Akasah

Kalau dalam post sebelum ini aku berkongsi Fadilat Doa Taubat Akasah, so hari ini aku nak kongsi bersama-sama Terjemahan Doa Taubat Akasah untuk tatapan dan pembacaan kita bersama. Isnyaallah post yang akan datang akan aku masukkan sekali doa ini dalam bentuk word document untuk kita bersama-sama mengamalkan doa taubat ini. Insyaallah. Terjemahan Dengan Asma’ Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.Ya Allah, tetapkanlah shalawat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad, Keluarga dan shahabat-shahabat beliau. Dengan Asma’ Allah yang menyinari sinar diatas sinar, Segala puji bagi Allah Pencipta nur dan menurunkan kitab Taurat diatas gunung Thurdi dalam kitab yang tertulis, Segala Puji bagi Allah Yang Disebut kaya dengan kemulyaan dan keagungan yang dikenal dan atas senang dan susah yang disyukuri dan segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang, kemudian orang-orang kafir kepada Tuhannya dan berpaling. Kaf Ha Ya ‘Ain Shaad, Ha Mim ‘Ain Sin Qaf, hanya kepada-Mu lah kami menyembah dan memohon pertolongan, hai Dzat Yang Hidup Tegak Kokoh, Allah Yang sangat belas kasihan kepada hamba-Nya memberi rizki kepada siapa saja yang dia kehendaki, Dia sangat kuat dan mulia, hai Dzat Yang mencukupi segala sesuatu, cukupilah aku dan palingkanlah dariku segala sesuatu dengan kekuasaanMu yang baik, bahwasanya Engkau berkuasa atas segala-galanya. Ya Allah, Dzat Yang banyak pemberiannya dan Yang selalu bertemu, Yang bagus perbuatannya, Pemberi rizki hamba-hambaNya pada setiap keadaan, hai Dzat Pencipta pertama kali dengan tidak melalui contoh, hai Dzat yang langgeng, yang tidak akan binasa, selamatkanlah kami dari kufur dan tersesat dengan : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, seandainya kufur/rasa bimbang dan ragu masuk dalam keimananku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, seandainya kufur masuk kedalam keislamanku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, seandainya rasa bimbang dan ragu masuk ke dalam ketauhidanku terhadap Engkau, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, seandainya rasa sombong, takabur,riya’ dan sum’ah / menonjolkan diri dan kekurangan di dalam amal perbuatanku bagi Engkau masuk ke dalam hatiku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, seandainya sifat dusta, pengumpat, mengadu domba dan pembohong berjalan pada mulutku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, seandainya di dalam hatiku terlintas rasa was-was sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, seandainya rasa penyerupaan dan lalai masuk ke dalam ma’rifatku kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, seandainya rasa nifak, dosa-dosa besar dan kecil masuk ke dalam hatiku maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, seandainya sifat riya’ masuk ke dalam amal perbuatanku dan perkataanku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, kejahatan-kejahatan yang telah aku perbuat sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, kebaikan-kebaikan yang Engkau kehendaki bagiku, lalu aku tidak dapat mensyukuri sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, hal-hal yang telah Engkau takdirkan kepadaku, lalu aku tidak bergembira atau tidak menerimakannya sedang aku tidak tahu atau tahu, maka bertaubatlah aku dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau berikan kepadaku, lalu aku salah gunakan, durhaka kepadamu sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau kuasakan kepadaku, lalu aku tidak bersyukur kepada Engkau sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, kebaikan-kebaikan yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan aku tidak memujiMu, sedang aku tidak tahu atau tahu, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, berfikir dalam kekuasaanMu yang Engkau ciptakan terhadapku, lalu aku menutup mata, sedang aku mengetahui atau tidak, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, perbuatan-perbuatan yang aku lakukan sepanjang umurku, lalu Engkau tidak ridha, sedang aku mengerti atau tidak, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, amal perbuatanku yang Engkau perpendek di dalam mengharap-harap rahmatMu, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, jika aku bergantung kepada selain Engkau di dalam menghadapi kepayahan-kepayahan, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, jika aku memohon pertolongan kepada selain Engkau, dalam kecelakaan dan bahaya, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, urusan-urusanku yang telah Engkau baguskan dengan anugerah Engkau dan pandanganku salah, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, jika aku tegelincir menyimpang dari jalan lurus (shirat), karena memohon kepada selain Engkau, sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap : La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah SAW. Ya Allah, Yang Hidup tegak kokoh, Yang memiliki rahmat dan banyak anugerahNya, banyak memberi dan Pemilik kerajaan, Tidak ada Tuhan yang lain kecuali Engkau, maha suci Engkau, bahwasanya aku menganiaya diri sendiri, (firman Allah) : “Lalu Kami kabulkan dan Kami selamatkan dia dari kesusahan, demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang beriman” Zakariya ketika menyeru tuhannya, ya Tuhanku: “Janganlah Engkau tinggalkan aku sendiri, Engkaulah waris yang paling baik”. Ya Allah, dengan hak La ila ha illallah dan kemuliaannya, hak kursi dan keluasannya, hak ‘Arsy dan keagungannya, hak kalam dan berjalannya, hak Lauh Mahfudh dan penjaga-penjaganya, hak Timbangan (Mizan) dan dua matanya, hak Shirat dan kelembutannya, dengan hak Jibril dan kejujurannya, hak Mikail dan belas kasihnya, hak Israfil dan terompetnya, hak Izrail dan terpilihnya, hak Ridlwan dan surganya, hak Malik dan nerakanya, hak Adam dan terpilihnya, hak Ibrahim dan terpilihnya sebagai khalilullah, hak Ishak dan keagamaannya, hak Isma’il dan disembelihnya, hak Ya’kub dan kedukaannya, hak Yusuf dan terasingnya, hak Musa dan ayat-ayatnya, hak Harun dan kehormatannya, hak Hud dan kewibawaannya, hak Shaleh dan untanya, hak Luth dan pemikirannya, hak Yunus dan ajakannya, hak Danial dan kerahmatnya, hak Zakariya dan kesuciannya, hak Isa dan kejiwaannya dan dengan hak Muhammad yang terpilih menjadi kekasihNya dan dengan syafa’at ‘Udhmanya SAW. Ya Allah, Yang Hidup, tidak ada Tuhan yang lain kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, bahwasanya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri, (Firman Allah); Lalu kami mengabulkannya dan menyelamatkannya dari kesusahan, demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman. Tidak ada Tuhan yang lain kecuali Allah, kepadaNya aku bertawakkal, Dia pengurus ‘Arsy yang Agung. Allah-lah yang mencukupi aku, sebaik-baik Pelindung, Pengurus dan Penolong. Tidak ada daya kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Agung. Ya Tuhan kami, berilah kebaikan kepada kami di dunia dan akherat, serta peliharalah kami dari siksa api neraka. Shalawat Allah tetapkanlah kepada sebaik-baik makhlukNya, cahaya ‘ArsyNya yaitu junjungan kami , Nabi dan pemberi syafaat bagi kami Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat beliau semua dengan rahmatMu hai Dzat Yang paling belas kasihan. Amin (Semoga Allah mengabulkan permohonan kami ini, hai Dzat yang mengurus alam semesta).

Fadilat Doa Taubat Akasah

Baru-baruni ibu memberi arahan kepada aku untuk mencari apa itu Doa Taubat Akasah. Ibu aku puas mencari tak jumpa-jumpa nak gunakan internet faktor usia menjadi penghalang. So aku ringan-ringankan tangan ni untuk mencari maklumat mengenai perkara ini. So hari ini aku kongsi bersama-sama mengenai fadilat doa taubat ini untuk perkongsian bersama. Apa itu Doa Taubat Akasah ? Syaidina Abu Bakar telah berkata : Pada suatu hari aku duduk di hadapan Rasulullah SAW di dalam masjid Madinah Al Munawarah, kemudian datanglah Malaikat Jibril dengan membawa Doa Akasahyang diberikan kepada Rasulullah SAW seraya berkata : "Wahai Rasulullah, yang aku bawa ini adalah doa Akasah : sejak zaman Nabi Adam AS dan nabi-nabi lain belum pernah ku turunkan doa ini kecuali kamu ya Rasulullah. Sayyidina Umar Bin Khatab berkata : Rasulullah SAW telah bersabda Wahai Umar bacalah doa ini,karena membaca doa ini akan memperoleh pahala yang sangat besar, tujuh puluh ribu Malaikat berbuat kebajikan karena membaca doa ini, satu Malaikat mempunyai mulut,tujuh puluh dan mempunyai kepala tujuh puluh. Tiap satu memuji kepada Allah SWT dan semua itu diberikan kepada orang yang mau membaca doa ini, Allah memberi rahmat kepadanya. Fadilatnya: 1. Barang siapa yang membaca doa ini sehari sekali atau seumur hidup sekali jika tidak dapat membaca,maka tulisannya saja diletakkan di dalam rumah, Allah akan memberikan ampunan atas segala dosa-dosanya. 2. Dan barang siapa yang ingin berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam mimpi, maka mandilah keramas pada malam Jumat dengan memakai wewangian kemudian melakukan shalat dua rakaat kemudian setelah selesai shalat membaca doa ini lima kali dengan penuh ihklas, maka Insya Allah memperoleh anugrah berjumpa dengan Rasulullah dalam mimpi 3. Jika ada orang yang sakit gila karena godaan syetan atau sakit panas dan di bacakan doa alasah ini Insya Allah lekas sembuh. 4. Barang siapa yang tidak ingin kekuranganrizkibacalah doa ini, Insya Allah tidak kekurangan rizqi. 5. Dan barang siapa mempunyai tanggungan hutang dan ingin lekas dapat membayarnya dengan membaca doa ini, Insya Allah lekas dapat membayarnya. 6. Barang siapa yang ingin menghafalkan Alquran, maka tulisan doa ini dengan ambar dan minyak kasturiserta minyak za'faran ditukis dalam mangkok putih yang diisi dengan air, kemudian airnya diminum selama tujuh hari, Insya Allah akan lekas dapat menghafalkannya 7. Jika ada orang yang meninggal dunia, tulislah doa ini pada kain kafannya, jika mayit ini didatangi ole dua malaikat Munkar dan Nakir untuk mengajukannya beberapa pertanyaannya, Insya Allah mayit ini akan dapat menjawabnya Allah berfirman : Sesungguhnya Aku malu menyiksa engkau karena ada doa ini dan menyebabkan ia lepasdari siksa kubur karena berkah doa ini. 8. Jika ada anak,istri, pembantu atau yang lainnya pergi dari rumah tanpa pamit maka lakukanlah shalat dua rakaat dengan hati yang ikhlas tiga karena Allah sesudah membaca Al Fatihah membaca surat Al Ikhlas tiga kali, sesudah salam membaca doa ini, Insya Allah orang yang minngat tersebut akan lekas kembali. 9. Sayyidina Usman bin Affan berkata : Sesungguhnya aku dapat menghafalkan Al quran berkah doa ini. 10.Sayyidina Ali Bin Abi Thalib telah berkata : Aku menjadi kuat karena berkah doa ini. 11.Barang siapa membaca doa ini setiap hari tiga kali,nanti pada hari kiamat wajahnya akan seprti bulan purnama tanggal 14 dan masuk surga tanpa kira-kira karena berkah doa ini. 12.Dan barang siapa yang membaca doa ini, mala Allah SWT akan selalu melindunginya dari bahaya kebakaran. 13.Hasan Basri (semoga selalu mendapatkan rahmat Allah SWT berkata : Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya seseorang tidak akan memperoleh pahala seprti pahalanya orang yang membaca doa ini. 14.Syech sya'ba (semoga senantiasa mendaptkan rahmat Allah SWT berkata : Aku mendengar dari sabda Rasulullah SAW. Barang siapa yang berdoa dengan doa ini, jika ia meninggal dunia, maka akan senatiasa mendapat anugrah dari Allah SWT tujuh puluh ribu Malaikat yang mengantar jenazahnya ke qubur yang setiap satu Malaikat alam nur/cahay. Malaikat berkata : jangan takut engkau, sesunguhnya Allah SWT telah memberikan anugrah kepada engkau nanti hari kiamat dan membukakan pintu sorga untukmu. Allah SWT pun berfirman : Wahai Fulan sesungguhnya aku malu menyiksa engkau karena telah mengamalkan membaca doa ini. 15.Malaikat Jibril berkata : Sesungguhnya aku melihat doa Akasah ini tergantung di bawah Arsy sembilan puluh ribu tahun sebelum Allah menciptakan bumi. 16.Barang siapa yang membaca doa ini setiaphari, sebulan sekali, setahun sekali atau seumur hidup sekali, maka Allah SWT merintahkan tujuh puluh ribu malaikat dari langit membawa kebajikan, serta diberikan mudah rizqinya dan memperoleh rahmat. 17.Doa ini apabila diamalkan tiap hari dan malam hari dengan hati ikhlas, maka ia tidak akan sakit kecuali sakit yang menyebabkan ia meninggal dunia. 18.Jika akan bepergian atau pergi berlayar, maka bacalah doa ini sewaktu akan pergi dan berlayar, Insya Allah akan selama dari marabahaya. 19.Sayyidina Abu Bakar ASh Shidiq ra telah berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda padaku Janganlah kautinggalkan membaca Akasah ini karena sebab membaca do ini kamu akan dapat kesentosaan dan anugrah dari Allah SWT dapat menghafalkan Alquran dan kitab. 20.Sayyidina Umar Bin Khatab berkata : Rasulullah SAW telah bersabda Wahai Umar bacalah doa ini,karena membaca doa ini akan memperoleh pahala yang sangat besar, tujuh puluh ribu Malaikat berbuat kebajikan karena membaca doa ini, satu Malaikat mempunyai mulut,tujuh puluh dan mempunyai kepala tujuh puluh. Tiap satu memuji kepada Allah SWT dan semua itu diberikan kepada orang yang mau membaca doa ini, Allah memberi rahmat kepadanya. Sumber : http://lukmanmoidin.blogspot.com/2012/02/doa-akashah-yang-sangat-hebat.html http://sufiroad.blogspot.com/2010/10/sufi-road-doa-akasah.html

Pencen oh Surat Pencen

12 Januari genap le perkhidmatan aku dengan kerajaan selama 3 tahun.... hehehehehhe..panjang gelaknya. Mostly kakitangan kerajaan yang genap 3 tahun berkhidmat akan tertunggu-tunggu surat pemberian taraf pencen.Hah bila dah dapat surat pencen, saat yang ditunggukan ialah pengeluaran kwsp. Pengeluaran KWSP belakang cerita le...selagi borang kewangan 8 tidak memberhentikan pembayaran kwsp..jangan harap le nak keluarkan KWSP. Ops..rupanya salah informasi... bukan tak boleh keluar, cuma kena buat kerja dua kali le... tak kisah le kerja dua kali... nak tunggu pemberhentian pembayaran kwsp punya le lambat...especially macam kes aku ni.... kerani x ramai...kena paham gak masalah diaorang ni. Aku nak cerita sebenarnya mengenai surat pencen aku ni hah. Hantar bulan 3, ikutkan Piagam Pelanggan hanya 2 bulan untuk pemberian taraf pencen. Dalam kes aku jejak 3 bulan... kawan-kawan aku..hujung bulan 4 dan awal bulan 5 dah terima surat pencen. Mana boleh jadi ni...last-last aku ringankan tangan ni untuk telefon ke KL bertanyakan surat pencen...bila telepon asyik dalam proses ajer... berkat kesabaran dan doa yang tidak henti-henti ni...akhirnya dapat gak le surat misteri tu...setelah bil telepon aku telepon ke pejabat misteri itu menjejak RM100... fuh..rupa-rupanya bukan kes aku ajer jadi macam ni... rupa-rupanya ramai yang terkena...seorang member aku nak dapat surat pencen makan masa 4 bulan.. menganiya betul... Buat kerani yang incharge dokumen aku tu...terima kasih le kerana menyiapkan dokumen pencen aku setelah asyik kena telepon dan berleter...semoga Allah murahkan rezeki anda....terima kasih banyak-banyak... and of course untuk adek dan mak aku yang tidak putus-putus membantu dan mendoakan untuk aku. Love you all..finally aku dah dapat taraf berpencen hehehehhe. Kesimpulannya, kita kena telefon untuk mendapat maklumbalas dan maklumat terkini mengenai status kita ni.

Mee Chambo oh Mee Chambo

Cuti sekolah pada bulan Jun aku berkesempatan menjejakkan kaki ini ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Perjalanan memang dasyat aku rasakan dari Kuala Lumpur ke Kelantan...lebih2 lagi di Gua Musang...uwaaaa..macam naik pacuan 4 roda... bagi yang tak biasa dengan keadaan demikian di Gua Musang memang satu cabaran... almaklum le susah nak jumpa keadaan macam tu di Johor dan Kuala Lumpur. Yang buat aku kagum..rata2 peniaga di sana adalah kaum Melayu dan penggunaan perkataan Jawi di perluaskan..cara macam ni bagus agar kita ni tak le buta huruf especially Jawi.Sepanjang 3 hari di sana banyak le tempat yang aku jajah. Hahahahah...jajah tu. Kami menginap di Pantai Cahaya Bulan...jalan2 ke Istana Lama, Pasar Siti Khadijah, Rantau Panjang, Sate di Bachok, Wakaf Che Yeh dan Pengkalan Kubur. Makanan...biasa le...kalo tak Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Laksam memang tidak sah. Tapi di Pengkalan Kubur yang menarik minat aku ialah Mee Chambo Kak Su....perghhh memang terbaik. Tak cukup...dua mangkuk aku rasa. Dah balik Johor Bahru pun masih kemaruk dengan Mee Chambo ni. Puas cari resepi tak jumpa gak....aduhai. Bagi sesiapa yang pergi ke Pengkalan Kubur ni try le pekena Mee Chambo ni... memang best. Rugi kalo tak merasa Mee Chambo ni. Kalo dekat dah lama aku pergi cari mee ni...nasib baik jauh.

Makhluk Halus...aka Hantu

Aku ni memang manusia paling penakot...cerita hantu ke..buku cerita hantu ke semua aku tak baca dan menonton.. Minta maaf banyak2 le... Aku ni jenis orang yang lemah semangat...dari aku susahkan orang lain.. Baik aku kawal diri sendiri dari menonton dan membaca mengenai benda2 ni semua. Aku ni susah nak percaya kalo gambar2 yang tiba-tiba terselit plak makhluk halus atau hantu. Dunia moden semua bole buat...itu tanggapan aku.

Malam tadi... Susah sangat nak tido..aku pun belek2 le gambar yang ditangkap oleh suami aku...menggunakan telepin canggih dia tu... Samsung Note...tengah belek satu persatu..m nak gugur jantung aku...melihat sekeping gambar yg ditangkap oleh suami aku. Mula2 aku ingat gambar ini di edit...tapi bila dibelek dan diteliti...astarafirullahhalhazim... Makkhluk halus tu... Dengan muka yang pucat..baju putih dan rambut yang mengerbang..naik hulu roma aku... Tapi aku tak nak melenting..aku terus bangunkan husband aku..bertanyakan mengenai gambar tu...husband aku pun terperanjat. Tapi aku tak bole nak uplodekan gambar tu atas dasar rahsia .... Takut disalahtafsir dan digembur2kan...biarlah aku simpan untuk tujuan simpanan dan rujukan. Inilah pengalaman yang palibg takut aku rasa selama aku hidup ni.... YA Allah Kau Lindungilah kami...hambaMu Yang Lemah Ini. AMIN

Burung Hitam Melengit Makan Bangkai

Aku paling tak suka kalo dengan bunyi burung ni...tak kira le..malam ke..petang..pagi..apaw le janji suara burung gagak menyalak. Biar bunyi anjing... Kucing gaduh ke.. Aku bole terima...dek telinga ni. Kebiasaannya burung gagak ianggap tanda kematian... Mempercayainya satu perbuatan khurafat dan bidaah...berdosa di sisi agama islam. Tapi semenjak kecil diajukan benda2 macam ni..terikut juga..

Tahun lepas anak buah aku meninggal...kemalangan jalanraya. Dua minggu sebelum kejadian.. Banyak sungguh burung gagak terbang hampir setiap hari... Tiap2 hari aku cerita pada ibu dan suami aku tentang kebimbangan aku. Memang le setiap manusia akan bertemu juga dengan kematian. Tiga hari sebelum dia meninggal..anak burung hitam ni bertenggek atas pagar rumah aku...sambil menyalak2... Tak suka betul...shuhhhh

Aku kalo dengar si hitam melengit ni melalak2...aku akan lawan dengan ayat2 al quran.. Agar diperkukuhkan hati ini dan tabahkan hati yang bimbang ini..tapi ada gak orang2 tua cakap...burung hitam melengit ni tanda2 makhluk halus atau sihir....tak tau le... Yang aku tau hanya Allah Yang Maha Mengetahui... Bersama2 le kita doa yang terbaik...agar dipanjang umur kita anak2..suami..mak ayah dan keluarga kita...dan diperkukuhkan keimanan di dalam hati ni. AMIN

Budaya Punk... rambut tajam


Punk merupakan sub-budaya yang lahir di London, Inggris. Pada awalnya, kelompok punk selalu dikacaukan oleh golongan skinhead. Namun, sejak tahun 1980-an, saat punk merajalela di Amerika, golongan punk dan skinhead seolah-olah menyatu, karena mempunyai semangat yang sama. Namun, Punk juga dapat berarti jenis musik atau genre yang lahir di awal tahun 1970-an. Punk juga bisa berarti ideologi hidup yang mencakup aspek sosial dan politik.Gerakan anak muda yang diawali oleh anak-anak kelas pekerja ini dengan segera merambah Amerika yang mengalami masalah ekonomi dan keuangan yang dipicu oleh kemerosotan moral oleh para tokoh politik yang memicu tingkat pengangguran dan kriminalitas yang tinggi. Punk berusaha menyindir para penguasa dengan caranya sendiri, melalui lagu-lagu dengan musik dan lirik yang sederhana namun terkadang kasar, beat yang cepat dan menghent
ak.

Banyak yang menyalahartikan punk sebagai glue sniffer dan perusuh karena di Inggris pernah terjadi wabah penggunaan lem berbau tajam untuk mengganti bir yang tak terbeli oleh mereka. Banyak pula yang merusak citra punk karena banyak dari mereka yang berkeliaran di jalanan dan melakukan berbagai tindak kriminal.Punk lebih terkenal dari hal fashion yang dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ala suku indian, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti kemapanan, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang mengira bahwa orang yang berpenampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.

Punk juga merupakan sebuah gerakan perlawanan anak muda yang berlandaskan dari keyakinan we can do it ourselves. Penilaian punk dalam melihat suatu masalah dapat dilihat melalui lirik-lirik lagunya yang berceria tentang masalah politik, lingkungan hidup, ekonomi, ideologi, sosial dan bahkan masalah agama (berbagai sumber) a

Sebagai ibubapa kita mestilah memantau pergerakan dan kebebasan anak2 agar tidak terjerumus dalam aktiviti seperti ini.

Angkat

Kadang2 pelik betul le hidup manusia ni... Suka sangat mengambil abang..adek..kakak angkat..segala2nya berangkat..sampaikan mak dan ayah pun nak angkat. Bukan salah pun nak menambah ahli keluarga. Tapi pernah ke kita terfikir dan renungkan samada keluarga yang sekarang ni dah habes diberi perhatian. Bukan jelous sebab tidak ada keluarga angkat...memang tidak berniat pun. Jasa ibu dan ayah pun tidak habes dibalas... Lagi le kasih sayang pada adek..abang dan kakak pun masih tidak mencukupi.

Kisah ini berlaku pada seorang student aku... Dah nama pelajar pendidikan khas... Senang dipermainkan oleh seorang abang yang bergelar abang angkat. Almaklum le...dia ni anak sulong...maybe nak merasa kasih sayang seorang abang dan kakak angkat. Sayang dan hormat terhadap abang angkat...sampaikan sanggup meminjam duit dari kawan2 yang lain semata2 untuk membantu insan bergelar abang ni untuk membayar bil telefon. Ya Allah... Si abang angkat ni pun satu...pandai sungguh mengambil kesempatan atas insan yang lemah ini. Tuhan Maha Adil... Sebelum duit ni dapat diserahkan... Perkara ini terbongkar.

Pada aku le... Kebiasaannya...seseorang yg baik dengan kita tanpa ikatan kekeluargaan..biasanya sering mengambil kesempatan terhadap kita... Bila dah menjadi dan sempurna..baru le semua menyanjungi kita... Tapi cuba bila kita dalam kesusahan...tengok le...siapa yang akan membantu..kalo bukan ahli keluarga kita... Ni sebagai renungan dannasihat... Coz aku dah mengalami semua ni semasa ibu bapa aku bercerai dulu.... Masa hidup susah ni le kita nampak siapa sebenarnya rakan atau keluarga susah senang kita

Sakit KepalaSakit Kepala

Dah lama rasanya x update blog ni... Bukan apa..masalah kesihatan yg tidak mengizinkan.. Baru2 ni aku cuti sakit selama dua hari... Dah tak tahan sangat baru aku pergi jumpa doktor.. Kalo tak sakit sangat..memang sure aku tak pergi.. Mengenangkan anak2 murid yang bakal mengambil pmr..banyak topik dan kerja kursus perlu diselesaikan.

Jumpa doktor semuanya ok..tekanan darah..kencing manis..semput pun tak ada...cuma malam aje le semput. Sampaukan doktor suruh scan kepala..coz dia hairan aku sakit sangat2 sampai ke kepala. Tak tahan sangat..aku mengambil keputusan menelefon ibu aku..untuk berubat secara islam. Alhamdullillah...selepas berubat secara islam.. Sakit kepala aku ni beransur pulih..kalo tak macam nak pecah dan macam mendidih kepala ni. Selepas membaca benerapa ayat... Alhamdulillah... Antara ayat yang aku amalkan ialah ayat kursi..al fatihah..yaasin..surah al hasy..selawat syifa dan doa nabi sulaiman... Coz antara tanda2 gangguan jin atau syaitan ialah sakit kepala dari tengkuk hingga ke umbun kepala... Sakit pinggang dan mata...dan perubatan modern tidak dapat mengenalpasti punca penyakit dan mengandaikan kita hanyalah migrain.

Sebagai orang islam.. Sometime kita kena gak berubat cara islam..coz di dalam al quran banyak ayat2 yang diturunkan adalah ubat dan penawar kepada beberapa penyakit..yang penting kita kena yakin dengan kekuasaan Allah. Duduk=2;di rumahbtu bukak lah ayat-ayat rukyah atau bacaan mengaji...especially surah al baqarah.

Kelebihan Hari Khamis Dalam Islam

Kebetulan ni Hari Khamis... so aku meringan-ringan tangan ni mencari keberkatan hari khamis dalam Islam. Kebiasaannya amalan yang sering dilakukan ialah berpuasa pada hari Khamis, membaca Yaasin pada malam Jumaat dan sebagainya.

Sumber : http://www.pelikbinajaib.com/informasi/kelebihan-hari-khamis-dalam-islam

Hari Khamis merupakan hari yang ke-lima, sebab itu dalam Bahasa Arab ditulis sebagai الخميس yang bermaksud “Yang Ke-lima”. Buat pengetahuan pembaca sekalian, hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan Hajat. Kerana Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Kamis.

Antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam adalah:

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.

Sekain itu pada hari Khamis ini juga disunatkan untuk ummat Islam melakukan puasa sunat. Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat pada hari ini kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada hari Khamis. Dalilnya disunatkan berpuasa hari Khamis:

Pertama: Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Zikir hari Khamis – Zikir yang boleh Anda amalkan pada hari Khamis ini ialah:

سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ

Doa hari Khamis – Di bawah ini adalah doa-doa yang boleh anda amalkan selepas sembahyang 5 waktu pada hari Khamis ini.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Mimpi-mimpi Rasullah S.A.W

Sumber rujukan :MyIbrah

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Gila Meroyan

Ketika asyik menonton Berita TV3 jam 8.00 tadi...satu berita yang menyayat hati aku ialah mengenai "Pengesahan DNA yang menyatakan tulang rangka yang dibakar adalah sah kepunyai adik Nuruk Nadhirah". Takziah buat keluarga adik Nurul. Yang menyayatkan hati aku ialah melihat kedaan mak Nurul yang menangis dan meraung-raung. Menurut berita yang sahih..mak adik Nurul ini masih dalam keadaan berpantang selepas melahirkan anaknya. Nak dijadikan sebab ajer mak dia bermain Facebook ketika Adik Nurul pergi ke kedai untuk membeli Maggie. Ajal maut semuanya terletak ditangan Tuhan...manusia sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa dan bertawakal untuk mengelakkannya.

Aku bukan nak bercerita mengenai kematian adik Nurul ni...aku ingin bercerita mengenai Meroyan atau Gila Meroyan. Dikalangan masyarakat melayu..Gila Meroyan ini sering dikaitkan dengan tekanan perasaan selepas bersalin atau ketika masih lagi berpantang. Meroyan sering kali dikaitkan dengan gangguan makhluk halus atau melanggar paraturan ketika berpantang. “Dalam dunia perubatan tradisional, meroyan ini disebabkan makhluk halus. Darah yang keluar itu memang sangat disukai makhluk halus.Ibu yang berada dalam pantang harus membasuhnya sebersih mungkin. Jika tidak makhluk halus suka pada darah nifas.

Gila meroyan atau nama saintifiknya ‘postpartum psychosis’ mula dikenal pasti pada 1850. Ia adalah masalah mental yang serius dan memerlukan rawatan.Penyakit ini terjadi satu dalam 1,000 kes wanita yang melahirkan anak atau 0.1 peratus saja.

Tanda-tanda seseorang mengalami simptom meroyan :
1)pesakit akan kerap menangis
2)berasa keseorangan
3)malu dengan masalah yang dihadapinya

Tindakan seseorang yang meroyan :-
1)Wanita yang menghadapi penyakit ini sangat berbahaya jika dibiarkan sendirian tanpa pengawasan. Pesakit berupaya membunuh anak sendiri kerana selalu merasakan anak itu bukan anaknya.
2)berupaya mencederakan diri atau membunuh diri


Faktor-faktor :-
1) Masalah tekanan perasaan ketika dalam pantang berbeza dengan masalah tekanan perasaan yang dialami orang lain. Ia tidak sama dengan skizofrenia, kemurungan atau tekanan perasaan. Masalah tekanan perasaan dalam pantang hanya dialami wanita dalam pantang
2) gila meroyan juga boleh dikaitkan dengan faktor genetik walaupun ia bukan kemestian.
3) Jika wanita itu secara peribadi pernah berhadapan dengan masalah kemurungan, skizofrenia sebelum hamil, ia mungkin akan meningkatkan lagi risiko mengalami gila meroyan.
4) Masalah yang dihadapi sepanjang kehamilan seperti masalah rumah tangga, kewangan atau tekanan kerja di pejabat boleh menyumbang kepada faktor terjadinya tekanan perasaan.


Cara Mengawal:-
1) wanita dalam pantang seharusnya pandai mengawal emosi.
2) penjagaan makanan seperti pengambilan makanan berprotein tinggi bagus untuk menambah darah dan mengembalikan kecergasan tubuh.
3) Berurut untuk mengembalikan tenaga - wanita yang menghadapi masalah gila meroyan berpunca daripada keletihan dan tidak menjaga pantang. Urut badan penting kerana ia memberi tubuh keselesaan.
4) Wanita berpantang juga jangan abaikan pengambilan ubat-ubatan tradisional. Jangan pandang ringan segala pantang larang ketika berpantang. Kesannya mungkin tidak nampak sekarang tetapi dalam tempoh jangka panjang.

Tips : Tandas

Sabtu lepas..aku dan family berpeluang pulang ke kampung halamanku di Port Dickson untuk menghadiri kenduri perkahwinan sepupuku. Dapat le berjumpa dan berkenal-kenalan dengan saudara mara yang tak pernah bersua muka...punya le ramai...at least aku ni rajin gak le mengekor mak aku pergi ke kenduri-kenduri...tujuannya ni le.. nak berkenal-kenalan dengan saudara mara.

Banyak le juga petua-petua dan tips diperolehi dari mereka ni. Yang menarik minat aku ialah mengenai Tandas.Seorang makcik asyik bercerita mengenai rumah yang baru dibeli dan rasa kecewanya terhadap anak yang tidak mendengar nasihatnya. Kebetulan aku yang berada disitu melayankan sahaja makcik itu bercerita. Menurut beliau...

Orang Islam digalakkan untuk mengasingkan tandas untuk penggunaan harian seperti mandi dan membuang air dengan tandas untuk mengambil air sembahyang. Tandas yang bersih dari sisa buangan digalakkan untuk mengambil air sembahyang. Ini kerana, sekali tandas digunakan untuk membuang air kecil atau besar..maka syaitan dan sekufunya akan mula menginap ditempat tersebut. Tandas yang digunakan untuk membuang air besar dan kecil akan menjadi tempat pengumpulan syaitan dan jin ketika azan berkumandang...

Bagi mereka yang mempunyai rumah yang besar dan mempunyai tandas yang banyak di rumah, sebaik-baiknya... asingkan satu tandas yang bersih untuk tujuan pengambilan air sembahyang atau wudhuk.Bagi mereka yang tidak berkemampuan..cukup lah sekadar tandas yang digunakan dicuci sebersih-bersihnya setiap kali lepas penggunaan.

Ada baik dan benarnya tips yang makcik ini berikan. Selamat beramal dan renung2kan...

Khasiat Pokok Tulang


Aku sering terjumpa makcik-makcik dikampung menanam pokok ini. Hairan aku melihat pokok yang tidak mempunyai daun. Kaum cina juga sering menanam pokok tanpa daun ini dihadapan rumah mereka. Terdetik di hati aku...apakah khasiat pokok ini. Nama saintifik bagi pokok ini ialah Euphorbia tircalli. Pokok tulang-tulang atau tetulang merupakan tumbuhan herba yang unik bentuknya kerana pokok ini hanya mempunyai batang dan ranting yang berbentuk seperti tulang atau rangka tanpa daun.

Setelah diselidik dari makcik-makcik dan orang yang lebih berusia...beberapa mengenai khasiat pokok ini dapat diperolehi antaranya ialaj :-

1) ia dikatakan mampu merawat bisul, kesan bengkak dan patah.
- untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan rantin
dahannya yang segar atas api yang sederhana besar. “Layurkannya atas api dalam beberapa
minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada
tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah. Balutlah dengan kain bersih. Amalkan
sehingga kesan kesakitannya hilang.

2) Pokok ini juga digunakan untuk menghilangkan ketuat
- ambil cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang
sudah matang, selawat dan sapu pada kawasan yang terkena ketuat setiap hari sehingga
hilang.

3) Digunakan untuk sakit sendi tulang
- patahkan beberapa ranting pokok tulang bersama getahnya...rebuskan pokok tersebut..dan
air rebusan tersebut dijadikan air mandian.


Selamat mencuba..tipu aku..tipu le makcik2 ni...

Kanser Darah



Baru-baru ini nama Adek Faris Nur Daniel menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat Malaysia. Berlinang air mata ini membaca kisah menyayat hati seorang kanak-kanak yang sihat tiba-tiba demam panas dan terus disyaki mengidap penyakit yang amat merbahaya. Berat lagi mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Pada 23 Februari 2012..adek Faris telah meninggal dunia. Punca kematian adek Faris ialah di sebabkan Kanser Darah atau Hemophagocytic Lymphohistiocytosis HLH. Terima kasih buat Maizidul Akmar yang sering mengemaskini maklumat terkini tentang adek ini.


Melihat air mata adek ini... sedih aku melihat penderitaan kanak-kanak sekecil ini. Penyakit tidak mengenal usia mahupun tua atau muda....

Kanser Darah atau nama saintifiknya ialah Leukimia. Leukimia ialah sejenis penyakit kanser darah di mana sum-sum tulang tidak dapat berfungsi lagi sebagai pembuat sel-sel darah merah dan pembeku darah (platelet darah). Ini menyebabkan sel-sel darah putih yang tidak normal dan tidak matang dihasilkan dalam tubuh. Penghasilan sel darah putih yang terlalu banyak ini mengakibatkan seseorang menjadi pucat (anemia), pendarahan dan jangkitan yang berselang seli. Leukemia, yang bererti 'barah darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat pada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan

Jenis-jenis leukimia:
1. Akut
- Acute lymfoblastik leukimia (ALL) (umur < 15 tahun)
- Acute myloid leukimia (AML) (umur > 45 tahun)
2. Kronik
- Chronic lymfositik leukimia (CLL) (umur 35 - 60 tahun)
- Chronic myloid leukimia (CML) (umur > 60 tahun)

Punca penyakit:
1. Bahan-bahan kimia seperti benzene dan derivatives yang memusnahkan sel sum-sum tulang
2. Penggunaan bahan sitotoksik dan agen supersif

Simptom-simptom :
A. Leukimia akut - berlaku dalam tempoh waktu yang singkat dan pesakit biasanya tidak sihat. Boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat
1. Pucat
2. Rasa letih
3. Hilang selera makan
4. Pendarahan mulut, kulit dan gusi
5. Demam panas
6. Pembengkakan kelenjar leher

B. Leukimia kronik - Sihat pada peringkat awal - pesakit boleh bertahan dalam anggaran 3-5 tahun walaupun tanpa rawatan
1. Pembengkakan pada kelenjar limfa
2. Pembesaran limfa
3. Sakit tulang

Komplikasi:
1. Pendarahan pada kulit
2. Batuk darah
3. Muntah darah
4. Keguguran rambut

Kita sebagai ibubapa..haruslah alert dan sentiasa peka tentang anak-anak kita. Perhatikan sebarang tingkahlaku dan perubahan pada anak-anak kita. Ya.. Allah peliharalah keselamatan dan kesihatan anak-anak aku, aku dan suami aku. Jauhilah kami dari sebarang penyakit yang merbahaya.

Cacar Air



Masa darjah 5 dulu... aku terkena penyakit Cacar Air ni pun sebab jangkitan dari rakan kelas yang baru sahaja sembuh dari penyakit ini. Bayangkanlah.. kelas aku yang terkena penyakit ini sekali 5 orang sekali gus. Biasa dan gatal penyakit ini...tak boleh dicakap ...gatalnya .. Masyaallah hanya Allah yang tau. Bab makan memang le seksa... nak menangis dibuatnya.

Cacar air atau cengkering (Varicella zoster) dan juga dikenali sebagai Chicken Pox ialah penyakit merebak. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Penyebaran juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap cacar air. Pengidap cacar air boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada masa hadapan (umur dewasa).

Bagaimanakah penyakit cacar air merebak?

Ianya merebak:

* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.

* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.

Apakah tanda-tanda dan gejala?

1. Mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.
2. Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping.
3. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
4. Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair 2 hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

1. Bayi baru lahir, yang mana ibu tidak penah mengidap cacar air atau pelalian cacar air
2. Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap cacar air seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi
3. Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi.
4. Orang yang mengambil steroid berpanjangan
5. pesakit asma dan sindrom nefrotik
6. Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)

Komplikasi akibat cacar air :

* Jangkitan kulit - menjadi lebam merah, bengkak dan sakit
* Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga
* Kerosakan otak akibat keradangan otak. Tanda-tanda radang otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri
* Radang sendi - sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
* Jangkitan paru-paru (pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Deman Campak



Bayi dan kanak-kanak biasanya sering dijangkiti penyakit demam campak. Demam campak berbeza dengan penyakit Cacar Air. Kebiasaannya manusia akan terkena penyakit demam campak dan cacar air ni sekali sepanjang hidupnya. Penyakit campak atau lebih dikenali sebagai demam campak ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus, khususnya paramiksovirus daripada genus Morbillivirus, menyerang sistem pernafasan melalui titisan lembapan bersin atau batuk. Demam virus beruam paling biasa ini, yang turut dikenali sebagai morbili, rubeola atau measles. Virus campak juga boleh dipindahkan terus daripada ibu yang mengandung kepada janinnya, menyebabkan kelahiran pramatang

Gejala penyakit:
1. Demam dengan suhu yang tinggi serta selsema
2. Mata kemerah-merahan dan sensitif pada cahaya
3. ruam tumbuh pada tubuh badan
4. rasa miang dan gatal-gatal pada tubuh

Langkah pencegahan:
1. Imunisasi campak
2. had kan pergaulan

Pantang Larang dan Petua:


1. Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa. Selawat 3 kali dan doa minta cepat sembuh. Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.

2. Untuk mengelakkan gatal meletakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa.

3. Mesti mandi dgn kadar yg agak banyak (untuk sejukkan badan) dan mandi dgn perlahan (supaya bintik-bintik pada badan tidak pecah).

4. Elakkan makan kicap/ makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.

5. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.

6. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.

7. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain.

Bacalah Yaasin


RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Kelebihan Ayat :-

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri


Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.


Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.


Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.


Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.


Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.


Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).


Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam


Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur


Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.


Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.


Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.


Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.


Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.


Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.


Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.


Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.


Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.


Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.


Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.


Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.


Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.


Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."


Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .

Petua Hilangkan Sakit Gigi





Aduhai... bila sakit gigi...semua benda atau kerja x boleh buat...masalah gusi bengkak satu hal..masalah menangkap kat kepala tu yang tak tahan tu. Memang ada dinyatakan..antara sakit yang paling sakit di dunia ni ialah :

1) Sakit ketika nak meninggal
2) Sakit gigi
3) Sakit bersalin

Petua-petua Hilangkan Sakit Gigi :

1) ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

2) campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

5) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas

Pokok Dukung Anak/ Amin Buah dan Khasiatnya






Baru-baru ni kucing kesayangan aku si Aundrey mati kerana penyakit Batu Karang. Pelik..kucing pun ada. Ini merupakan pengalaman kali kedua... kucing aku mati akibat penyakit yang sama...sebelum ini Junior. Aku aktif dalam satu group dalam facebook mengenai kucing2 ni...berkongsi pendapat dan ilmu.

Satu topik yang menarik ialan mengenai Pokok Dukung Anak. Sebelum ini..pokok2 ini aku buang ajer bila dia tumbuh liar dalam pasu bunga aku. Baru2 ni aku berkesempatan balik ke rumah ibu aku... kebetulan aku menolong ibu aku menanam pokok bunga. entah macam mana aku bercerita mengenai pokok ini. Ibu aku meminum air rebusan pokok ini... dan ibu mengakui khasiat pokok ini.

Nama Tempatan : Dukung Anak
Nama Saintifik :Phyllanthus Niruri
Nama Lain :Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Famili :Eurphorbiaceae
Lokasi dijumpai:Di tepi longkang , dalam pasu dan dikawasan pertanian

Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae.Selalunya tumbuh dikawasan yang tanahnya agak keras, seperti dicelah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat , daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm
Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm.Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Dikebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.

Kegunaan:

1. Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India) dan juga cirit birit. Caranya minum air rebusan setiap hari.

2. Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.

3. Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B.dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37 , iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa , tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan.Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B. Caranya ialah mandi/ lap baby dengan air rebusan untuk penyakit kuning hingga baby sihat. Bagi hepatitis b pula..caranya ialah pokok dimasak dengan susu kambing..minum setiap hari.

4. Merawat penyakit keputihan yang dialami oleh golongan wanita... keputihan merupakan salah satu sebab wanita tidak boleh mengandung. Caranya ialah dengan air rebusan pokok sehingga baik

5. Penyakit Batu Karang

6. Pendapat orang Jawa pula mengatakan...pokok ini sesuai untuk bagi mereka yang menghadapi penyakit Darah Tinggi dan Sakit Sendi-sendi Tulang. Caranya juga dengan meminum air rebusan.

7. ubat untuk anak yang baru lahir yang kena demam kuning

8. minum air rebusan selepas dikeringkan utk kesihatan badan dan cuci bahan toksid dari badan

9. akar pokok dukung anak untuk menggurangkan demam anak kecil yang akan tumbuh gigi.caranya rebus secekak akar yg dah dibersihkan dengan segelas air dan minum ketika masih suam. Juga berkesan kurangkan demam panas

10. Mengikut darulsyifa..pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk menghalau gangguan makhluk halus. Caranya ialah air tebu + pokok dukung anak + gula batu

Kisah Lelaki Yang Masuk Ke Neraka

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

sumber : http://www.islamituindah.my

Qareen

Nama macam sedapkan... masa kecik dulu aku sering mendengar orang memperkatakan tentang nama ini... tertanya2 dalam benak fikiran budak hingusan ni.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan. Ini merujuk kepada perkataan Qareen. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qareen. Hadis daripada Ibnu Mas'ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), "Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan." (Riwayat Muslim).


Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa.

Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), "Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui."

Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka.

Firman Allah (mafhumnya), "Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku." (Surah Qaf, ayat 23).

Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, "Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,"Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh."

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Pokok pangkalnya...kita sendiri yang menentukan macam mana qareen kita. Jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.

10 Tanda-tanda Kiamat

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..gerunnya bila mendengar dan membaca ayat macam ni... dah cukup ke amal ibadat kita? dah cukup ke amalan kita... Ya Allah.. bagilah hambaMu ini kekuatan dan ruang untuk melengkapkan diriku sebelum aku bertemuMu Ya Allah...

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.