Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Kemasan Dinding



Time cuti sekolah ni idea melambak2...nak buat apa dengan rumah baru aku ni...rasanya semua dah lengkap..kecuali kabinet dapur yang tak siap2....Masa pindah dua bulan lepas..aku tidak bercadang untuk mengecat dinding...tapi bila dah pindah...terasa kekurangan sesuatu...iaitu penyeri rumah. Ingatkan nak biar rumah berwarna putih sahaja agar rumah tampak luas dan bersih.... aku pun ringan2kan tangan ini mencari serba sedikit mengenai maklumat berkenaan kemasan dinding....dan aku sharekan bersama dalam blog ini agar dapat dikongsi bersama.

Kemasan dinding...membolehkan kita tinggal sempurna dalam rumah...secara langsung dan tidak langsung ia menarik minat kita untuk pulang ke rumah setelah penat bekerja sehari suntuk dalam kehidupan harian .Pilihlah kemasan dinding yang sesuai dengan rumah kediaman...rumah adalah tempat yang paling tepat sekali untuk beristirehat dan menikmati keindahan. Pilihan kemasan dinding adalah tidak sukar sekiranya kita tahu kesesuaiannya selain memenuhi konsep ruang. Kriteria yang perlu diambilkira ialah :-
1) Fungsi - Selamat, selesa, tahan lasak, mudah dibersihkan, dijaga serta dibaiki, darjah ketahanan tinggi terhadap kebakaran dan kesesuaian dari segi nilai akustik.
2) Estetika - Keindahan dari segi warna dan keadaan semula jadi sesuatu kawasan, tekstur sesuatu bahan yang memberi kesan visual dan rekaan corak.

Jenis kemasan dinding
Kebanyakan bangunan kini dibina daripada batu-bata yang dikemaskan dengan simen lepa sebelum diturap pula dengan kemasan kedua. Antara kemasan biasa ditonjolkan adalah:
Kemasan lembut meliputi cat air dan minyak, kertas dinding dan panel fabrik.
Kemasan keras membabitkan jubin seramik, jubin batu seperti marmar dan granit, tanah liat (terracotta), simen dan batu pasir serta panel kayu. Kemasan keras dan semula jadi sesuai bagi dinding luar kerana tahan cuaca.

Peranan dinding bukan setakat melindungi pandangan luar tetapi berfungsi pembahagi ruang dalam rumah. Dinding dalam rumah menjurus kepada kemasan serta nilai estetika berbanding di bahagian luar yang bertindak sebagai pelindung kesan cuaca seperti hujan, angin dan sinar matahari.

Kertas Hiasan DInding

Kini pemilik rumah kediaman lebih meminati Kertas Dinding iaitu salah satu alternatif mengantikan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik. Kertas dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding,
kegunaan ruang, pilihan terhadap corak yang ada pada kertas dinding dan yang penting sekali adalah kos.

Kelebihan menggunakan kertas dinding.
1) Warna, corak dan tekstur banyak pilihan dan boleh tukar bila dirasakan tidak sesuai atau sudah ketinggalan zaman. Kertas dinding boleh mendapat kesan atau menyerupai kesan kemasan lain seperti kemasan batu, kayu, batu bata dan jubin dengan nilai harga lebih murah tetapi kesan visual yang sama.
2) Kos yang pelbagai iaitu daripada murah hingga ke mahal bergantung kepada harga bahan itu dan cara pemasangannya boleh dilakukan sama ada orang yang mahir dan atau anda sendiri.
3) Kertas dinding fabrik yang berbentuk 3 dimensi boleh menyerap bunyi dan memberi kesan senyap dan damai dalam ruang dalaman. Selain berfungsi memberi nilai baru kepada dinding, kertas dinding boleh menutup kesan retak atau cat lama pada dinding atau menutupi kecacatan pada struktur fizikal dan bangunan.
4) Dengan cara kerja pemasangan kering, kertas dinding boleh menyediakan kerja dekorasi mudah siap yang cepat dan menyediakan kelebihan dari segi kecantikan dan karakter pada ruang. Bukan saja pada dinding, kertas dinding boleh disesuaikan pada keseluruhan konsep ruang dan fabrik yang digunakan kerana kertas dinding digunakan sebagai latar belakang pada keseluruhan ruang. Kertas dinding fabrik bukan dipasang secara rata tetapi boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti secara berlipat, tergantung, atau berlapik. Pelbagai cara dibuat untuk mengembangkan kreativiti bagaimana corak fabrik, warna dan tekstur boleh digunakan dan digabungkan.

Bagi aku...samada menggunakan cat, bahan binaan lain atau kertas dinding..pokok pangkalnya berbalik kepada kedudukan kewangan seseorang individu...dan juga citarasa individu tersebut. Bukan mudah untuk memuaskan mata dan hati setiap orang... pokok pangkalnya...terpulang kepada individu tersebut.