Asmaaul Husna ( اسماء الله الحسنى)

  Download this mp3 from Beemp3.com

Ayat Rukyah

Malam tadi... tepat pukul 12.oo malam... beberapa ekor anjing saling menyahut dan menyalak antara satu sama lain....agak lama juga... lebih kurang 1 jam...sehinggalah aku tertidur dalam keadaan ketakutan. Aku terbangun pukul 4 pagi... kerana ribut dan angin kencang dan disertai dengan hujan yang agak lebat...masih lagi...anjing menyalak dan menyahut satu sama lain. Hiss kenapa macam tu...malam itu juga... kami terjumpa sepasang katak betina dan jantan yang sedang mengawan di depan rumah....aku cakap dengan husband aku... kalau jumpa katak...orang tua2 dulu sring berpesan agar menghalau katak....keluar dari rumah... alasannya...aku pun tak tau.

Pagi tadi...aku melayari satu laman web dari seberang..mengenai mitos berkenaan katak dan anjing. Mengikut mitos berkenaan..sekiranya katak memasuki rumah... seisi keluarga akan kesempitan wang ringgit...manakala anjing menyalak di tengah malam menandakan ada dikalangan keluarga dan sanak saudara akan mengalami kesusahan atau kemalangan. Hiss yea ke....?

Mengikut satu lagi laman web yang aku baca.... kali ni lebih islamik sedikit...dari sudut perubatan islam... katak sering dikaitkan dengan seseorang yang ingin membuat jahat dan hasad dengki kepada rumah yang dituju dalam bentuk haiwan dan sebagainya. Ada sebahagian daripada mereka yang menggunakan khidmat makhluk Allah yang lain seperti bunian atau jin atas alasan memohon bantuan daripada seorang ‘kawan’. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram hukumnya.Hiss seram jugak dibuatnya....hati manusia lain-lain...apa=apa boleh terjadi.

Bila aku ceritakan benda ni pada ibu aku....dan bertanyakan pada seorang ustazah... jawapan yang aku dapat cukup mudah dan ringkas... jangan lupa bersembahyang lima waktu dan memohon dari ALLAH SWT agar diberi perlindungan seisi keluarga...berzikir...dan perbanyakkan membaca surah-surah di dalam al-quran...dan sering perdengarkan ayat-ayat rukyah di rumah. Ustazah juga berpesan... jangan keluar malam kerana waktu malam adalah waktu yang amat disukai oleh syaitan dan Jin. Sebab itu...Islam sering mengalakkan kita membuat ibadat di malam hari....dengan perbanyakkan bacaan al-quran serta zikir dan wirid.

Ditulis oleh Asy Syaikh Muhammad bin Abdillah Al-Imam : Definisi ruqyah secara istilah (syar’i) adalah berlindung diri dengan ayat-ayat Al Qur’an dan dzikir-dzikir serta doa-doa yang diajarkan oleh Nabi Shallallohu ‘alaihi wasallam.

Syarat-syarat rukyah ialah :-
1. Ruqyah tersebut dilakukan dengan menggunakan kalamullah Subhaanahu wata’ala, dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya.
2. Ruqyah dilakukan dengan menggunakan bahasa arab atau dengan sesuatu yang diketahui maknanya dari selain bahasa arab.
3. Meyakini bahwa ruqyah itu tidak memberikan pengaruh dengan sendirinya tetapi dengan izin Allah Subhaanahu wata’ala.

- Jika ruqyah dan permintaan perlindungan diri ini dilakukan dengan sesuatu yang diketahui maknanya dan dengan sesuatu yang dibolehkan dalam Islam dimana seseorang boleh mengucapkan kalimat tersebut, berdoa kepada Allah Subhaanahu wata’ala serta dzikir kepada-Nya dan Allah Subhaanahu wata’ala membolehkan untuk melakukannya. Jika demikian keadaannya, maka boleh bagi dia untuk meruqyah orang yang kerasukan dengan menggunakan cara-cara ini.
Telah tsabit dalam Ash Shahih dari Nabi Shallallohu ‘alaihi wasallam bahwa beliau Shallallohu ‘alaihi wasallam membolehkan untuk meruqyah selama tidak mengandungi kesyirikan.


- Jika dalam meruqyah itu terdapat kalimat-kalimat yang diharamkan seperti kalimat yang mengandung kesyirikan atau kalimat tersebut tidak diketahui maknanya dan kemungkinan mengandung kekufuran, maka tidak boleh bagi seseorang untuk meruqyah, tidak boleh berkeinginan keras dan tidak boleh pula bersumpah untuk menggunakan kalimat tersebut walaupun kadang-kadang jinnya benar-benar keluar dari orang yang kerasukan. Karena sesungguhnya apa-apa yang diharamkan oleh Allah Subhaanahu wata’ala dan RasulNya Shallallohu ‘alaihi wasallam itu lebih besar mudharatnya daripada manfaatnya.

Ketentuan mengenai ayat rukyah ialah :-
1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
3. Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukan telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai sarban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
4. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
5. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
6. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.



ALLAH SWT akan sentiasa membantu hambaNya yang yakin dengan kekuasaanNya. Oleh itu umat Islam harus percaya dan yakin dengan Kebesaran ALLAH SWT. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim ) Dan yakinlah bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepat efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan.Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.